-->

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Laman web Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibangunkan sebagai platform perkongsian maklumat berkaitan program-program pembangunan kompetensi dan potensi warga KKM. Laman web BPK juga berfungsi untuk menyebarkan berita dan informasi semasa negara, khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Laman web ini merupakan salah satu saluran untuk memberi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh BPK di samping memaklumkan kepada semua pelawat mengenai berita dan maklumat terkini berhubung program dan aktiviti kompetensi di KKM. Dengan adanya laman web rasmi ini, orang ramai amnya dan warga KKM khususnya, dapat mengenali BPK dengan lebih dekat.

Pengunjung laman web ini boleh mendapatkan maklumat yang lebih jelas berhubung program-program pembangunan kompetensi dan potensi yang dilaksanakan oleh BPK di ruangan Perkhidmatan. Maklumat terperinci disediakan berkaitan program-program yang dilaksanakan seperti Program Pembangunan Bakat, Competency Based Training, Peperiksaan Subjek Jabatan dan lain-lain.

Laman web BPK juga menyediakan takwim bagi program-program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang sepanjang tahun. Selain itu, bahan-bahan rujukan serta nota peperiksaan turut disediakan untuk warga KKM yang menduduki peperiksaan.

Dengan adanya laman web rasmi ini, orang ramai amnya dan warga KKM khususnya, dapat mengenali BPK dengan lebih dekat. Saya berharap para pengunjung akan selalu melayari laman web BPK ini untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program-program pembangunan kompetensi dan potensi generik di KKM. Selamat melayari laman web BPK.

Salam hormat,

RUSLI BIN HARUN

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia

 

WARNA

SAIZ TEKS

-A A A+