KAMUS KERANGKA KOMPETENSI KKM
Kamus Kerangka Kompetensi KKM boleh ditakrifkan sebagai satu sistem rujukan yang menyediakan tahap prestasi Kemahiran, Ilmu Pengetahuan, dan Tingkah Laku yang perlu diaplikasikan oleh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan tugas demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan. Ia juga akan menjadi sumber rujukan bagi pelaksanaan kursus/latihan yang lebih sistematik, berstruktur dan terarah bagi warga KKM.
Kamus ini merangkumi model kerangka kompetensi KKM dan juga rubrik penilaian kompetensi. Model kerangka kompetensi KKM ini merupakan satu set kompetensi yang hendaklah diterapkan oleh warga KKM yang akan menyumbang kepada kecemerlangan prestasi Kementerian ini.Rubrik penilaian kompetensi pula merupakan pengukuran berasaskan kepada tahap kompetensi yang perlu dicapai oleh setiap warga KKM bagi membolehkannya melaksanakan tugas dengan cekap dengan penggunaan skala satu (1) sehingga lima (5) yang disusun mengikut tahap.
Kerangka Kompetensi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kerangka Kompetensi Generik dan Kerangka Kompetensi Fungsional.
KOMPETENSI GENERIK
Kerangka Kompetensi Generik ialah Kemahiran, Tingkah Laku dan Pengetahuan umum yang hendaklah diterapkan oleh seluruh perkhidmatan KKM. Terdapat enam (6) komponen kompetensi umum dalam model ini iaitu Kepimpinan (Leadership), Pengurusan Kendiri (Self-management),Analitikal (Analytical), Internalisasi (Internalization), Pengetahuan Interdisiplin (Interdisciplinary Knowledge) dan Keterlibatan (Engagement).
KOMPETENSI FUNGSIONAL
Kerangka Kompetensi Fungsional pula adalah Kemahiran, Tingkah Laku dan Pengetahuan unik dan khusus bagi sesuatu skim/profesion di KKM iaitu sebanyak 98 Skim. 98 Skim ini terbahagi kepada Kumpulan Pengurusan & Profesional, termasuk skim perkhidmatan bersepadu dan Kumpulan Pelaksana.
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2020 Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Kemaskini : 24/02/2021