;
  • Program Pembangunan Bakat ini ialah program yang dikhususkan untuk Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan dan Pegawai Kader di Program Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Tiga (3) fasa dalam prinsip dan pendekatan pembangunan sumber manusia iaitu Pembangunan Kompetensi; Penilaian Potensi dan Penilaian Kepimpinan turut diberi perhatian khusus dalam TDP melalui penghasilan modul latihan yang bersesuaian. Modul latihan yang dihasilkan adalah berdasarkan Kerangka Kompetensi Generik KKM.
  • Program TDP ini bersifat dinamik dan boleh disesuaikan mengikut keperluan. Ia diselaraskan bersesuaian dengan Visi, Misi dan Nilai-nilai Teras KKM sejajar dengan penggubalan Dasar Pembangunan Sumber Manusia (DPSM) yang sedang diperhalusi oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Lima (5) ciri kompetensi pemimpin masa hadapan iaitu strategik (strategic), transformatif (transformative), tangkas / adaptif (agile/adaptive), autentik (authentic) dan keterampilan eksekutif (executive presence) diberi penekanan dalam program TDP.
  • Objektif TDP
    • Melahirkan pegawai Program Pengurusan KKM yang berfikiran aras tinggi (high orderthinking skills) dan ke hadapan (future-thinking), tangkas (agile), berkemahiran digital (digital capabilities) serta kreatif dan berupaya berfikir di luar kotak, berteraskan nilai-nilai murni dan profesionalisme.
    • Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai Program Pengurusan KKM supaya sentiasa relevan, dihormati dan menjadi sumber rujukan (3R: Relevance;Respected; Referred).
    • Meningkatkan dan memantapkan prestasi kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan Program Pengurusan kepada stakeholders dalaman dan luaran.
 

WARNA

SAIZ TEKS

-A A A+