;

Bagi memperkukuhkan potensi kepimpinan di kalangan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), Bahagian Pembangunan Kompetensi melaksanakan pelbagai kursus kepimpinan di bawah Program Pembangunan Kepimpinann.Melalui kursus-kursus tersebut, para pegawai KKM akan mencungkil daya kepimpinan dalam diri masing-masing serta dilengkapkan dengan pendedahan, kesedaran dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pemimpin yang berkeyakinan dan berjaya.

Kemahiran insaniah adalah kompetensi tingkahlaku yang juga dikenali sebagai kemahiran interpersonal atau soft skills atau people skills. Ia merupakan sifat peribadi yang berupaya meningkatkan kemahiran interaksi individu, prestasi kerja dan laluan kerjaya. Antara elemen-elemen dalam kemahiran insaniah adalah seperti komunikasi, pemikiran kritikal & penyelesaian masalah, kerja berpasukan, kepimpinan, pengurusan stress, kemahiran pembentangan, pengurusan konflik dan membuat keputusan. Kemahiran insaniah sukar untuk diukur atau dinilai berbanding kemahira teknikal. Walau bagaimanapun, kemahiran tersebut boleh diperbaiki melalui pembelajaran berterusan dan penghayatan individu.


 

WARNA

SAIZ TEKS

-A A A+