Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mula menganjurkan Kursus Persediaan Kenaikan sejak tahun 2019. Kursus ini telah dirangka khusus untuk para pegawai peringkat pertengahan (middle management) dari Gred 44 hingga Gred 48 (Memangku) dan Gred 32 ke Gred 36 (Memangku) untuk memperkasakan ilmu tadbir urus dan kemahiran kepimpinan.
Kursus Persediaan Kenaikan Pangkat ini dilaksanakan sebagai training roadmapyang bertujuan untuk mempersiap siagakan para peserta dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas sebagai seorang pegawai Gred 48/36 di KKM.
Kursus ini juga bertujuan untuk mengenalpasti potensi kepimpinan yang ada pada setiap peserta, untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap pelbagai konsep, teori dan gaya kepimpinan, serta menambahbaik kepimpinan.
Terdapat empat (4) modul di dalam kursus ini iaitu Modul Tadbir Urus, Modul Kepimpinan, Modul Penyeliaan dan Modul Komunikasi yang akan diikuti oleh para peserta sepanjang 4 hari berkursus.
Objektif kursus ini, peserta dapat:
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2020 Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Kemaskini : 24/01/2021