;
  1. Apakah PSJ?
  2. Peperiksaan dalam perkhidmatan yang menguji kompetensi pegawai khusus berkaitan skop tugas di Jabatan. PSJ juga merupakan salah satu syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan (confirmation) (Rujuk surat lantikan SPA).

    Sebagai contoh, syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 di KKM:

    1. Menghadiri Program Transformasi Minda; dan
    2. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan iaitu:
      1. Peperiksaan Subjek Umum : Bahagian A (dikendalikan oleh JPA); dan
      2. Peperiksaan Subjek Jabatan KKM : Bahagian B (dikendalikan oleh BPK, KKM)

    PSJ BUKAN PEPERIKSAAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT/PSL.

    PSJ BUKAN PEPERIKSAAN UNTUK MOHON PEKERJAAN..

  3. Mengapakah PSJ perlu diambil?
  4. Sebagai salah satu syarat dalam pengesahan dalam perkhidmatan (confirmation).

  5. Siapakah yang perlu menduduki PSJ?
  6. Pegawai lantikan baharu daripada skim perkhidmatan yang mensyaratkan PSJ sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Senarai skim perkhidmatan yang terlibat boleh disemak di http://ores.moh.gov.my/

    PSJ KKM khusus untuk pegawai KKM sahaja. Bagi pegawai Jabatan lain yang ingin menduduki PSJ secara tumpangan, boleh memohon DENGAN SYARAT SKOP TUGAS PEGAWAI ADALAH SAMA DENGAN SKOP TUGAS DI KKM. (Rujuk sukatan peperiksaan
    terlebih dahulu).

  7. Berapa kali PSJ diadakan dalam setahun?
  8. 2 kali setahun. Kebiasaannya pada bulan Mac/April dan Ogos/September setiap tahun.Rujuk takwim tahun berkenaan.

    Bagi tahun 2020, PSJ Siri 1 dibatalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan semasa COVID-19. PSJ Siri 2 akan diadakan pada 2 dan 3 September 2020.

  9. Bilakah seseorang pegawai perlu menduduki PSJ?
  10. Dalam tempoh 1 hingga 3 tahun lantikan.

  11. Bagaimanakah pegawai boleh menduduki PSJ?
  12. Permohonan secara atas talian melalui Online Registration Examination System (ORES)http://ores.moh.gov.my/

    Keputusan PSJ juga boleh diperolehi melalui ORES 2 bulan selepas tarikh peperiksaan.

 

WARNA

SAIZ TEKS

-A A A+