JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS DRIVING RESULTS THROUGH INNOVATION LEADERSHIP
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Kursus Driving Results Through Innovation Leadership pada 27 - 29 Ogos 2019 di sekitar kawasan Lembah Klang (penginapan disediakan). Atur cara tentatif kursus adalah seperti di Lampiran A.
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 – M52 di KKM yang berminat dijemput untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan penyertaan seperti di Lampiran B dan dikembalikan selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2019 (Selasa) melalui emel kepada pegawai-pegawai berikut:-
i) Pn. Siti Nor Hafiidzani binti Radzuan - 03-22628440
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ii) Pn. Nor Huzaila binti Yaacob - 03-22628465
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lampiran A : Tentatif kursus
Lampiran B : Borang permohonan
Sekian, terima kasih.
PERMOHONAN KURSUS ICT (OFFICE AUTOMATION) IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (IPKKM) TAHUN 2019 KINI TELAH DITUTUP
Dimaklumkan bahawa Kursus ICT (Office Automation) anjuran Bahagian Pembangunan Kompetensi yang dibuka kepada warga IPKKM kini telah DITUTUP.
Permohonan yang diterima mendapat sambutan yang menggalakkan. Pihak urus setia mengucapkan terima kasih dan permohonan tuan/puan akan diproses. Sekiranya berjaya, tuan/puan akan dimaklumkan melalui emel tawaran kursus tersebut oleh pihak urus setia.
Takwim Peperiksaan Subjek Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tahun 2019 telah dimuatnaik ke dalam Sistem Peperiksaan Subjek Jabatan KKM (ORES) di pautan http://ores.moh.gov.my/exam_schedule.php. Permohonan menduduki peperiksaan boleh dibuat mulai 9 Januari 2019 melalui pautan http://ores.moh.gov.my/applicant.php.
Sukacita dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kompetensi merupakan penyelaras bagi myPortfolio di semua Bahagian dan Agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan Format myPortfolio berdasarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 4 Tahun 2018 : Panduan Kerja Sektor Awam (PKPA Bil.4/2018) bagi tujuan tersebut.