BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI, KKM.

1.  Adakah semua skim perkhidmatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dengan peperiksaan Perkhidmatan Awam ?
  Semua skim perkhidmatan yang menetapkan Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan perlu menduduki peperiksaan  tersebut sama ada dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), KKM atau kementerian-kementerian berkaitan yang memberi kebenaran ke atas calon menumpang menduduki peperiksaan. Pada masa ini Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM melaksanakan peperiksaan subjek Jabatan bagi 16 skim perkhidmatan bukan gunasama di KKM, manakala bagi subjek Umum, calon perlu menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Seksyen Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA. Semua penjawat boleh merujuk syarat pengesahan perkhidmatan yang dinyatakan di dalam surat tawaran lantikan.
   
 2.  Berapakah kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon peperiksaan Perkhidmatan Awam KKM ?
 

Senarai peperiksaan jabatan dan kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon boleh dirujuk di portal Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM ;

http://ores.moh.gov.my/index.php

   
   
   
   
   
   
   
   
   

gov jpm gov infosihat myhealth who mampu msc mof hrmis jpa spa emaklum anm