GAMBAR ENCIK RUSLI BIN HARUN SUM BPK KKM

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat melayari laman web Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Laman web ini merupakan salah satu saluran untuk memberi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh BPK di samping memaklumkan kepada semua pelawat mengenai berita dan maklumat terkini berhubung program dan aktiviti kompetensi di KKM. Dengan adanya laman web rasmi ini, orang ramai amnya dan warga KKM khususnya, dapat mengenali BPK dengan lebih dekat.

Laman web BPK ini antara lainnya mengandungi maklumat berhubung aktiviti dan program kompetensi serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengannya. BPK turut mengendalikan “Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Program Competency Based Training (CBT)”.

Saya berharap para pengunjung akan selalu melayari laman web BPK ini untuk mendapatkan info yang terkini mengenai program kompetensi di KKM. Pandangan dan cadangan yang konstruktif adalah dialu-alukan bagi memantapkan BPK serta laman web kami ini.

Salam hormat,

Rusli Bin Harun

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia

gov jpm gov infosihat myhealth who mampu msc mof hrmis jpa spa emaklum anm