Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK) ditubuhkan pada bulan Jun 2002 sebagai Cawangan Pembangunan Kompetensi, di bawah Bahagian Sumber Manusia. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4, tahun 2002 di mana pembangunan Sumber Manusia berasaskan kompetensi merupakan teras Sistem Saraan Malaysia, maka cawangan ini telah dinaik taraf sebagai sebuah Bahagian. Pejabat BPK (selepas menjadi satu Bahagian) yang pertama adalah di Aras 5, Blok Podium, Dayabumi. BPK kemudiannya berpindah ke Tingkat 15, Menara Tun Razak di Jalan Raja Laut pada April 2006. Bahagian ini kemudiannya telah berpindah ke Blok A, Jalan Cenderasari mulai April 2008 yang merupakan bangunan pejabatnya sehingga kini.

gov jpm gov infosihat myhealth who mampu msc mof hrmis jpa spa emaklum anm