Peperiksaan Subjek Jabatan KKM merupakan salah satu syarat bagi pengesahan perkhidmatan. Peperiksaan ini perlu diduduki oleh pegawai lantikan baharu (telah dilantik) dalam tempoh satu hingga tiga tahun.
Maklumat peperiksaan bagi skim-skim perkhidmatan yang disyaratkan untuk menduduki Peperiksaan Subjek Jabatan KKM adalah seperti berikut:
MAKLUMAT PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
| Bil | Skim Perkhidmatan | Peperiksaan Subjek Umum* | Peperiksaan Subjek Jabatan KKM |
| 1. | Pegawai Psikologi (Umum/Kaunseling) Gred S41 | Bahagian A dan B | Bahagian C |
| 2. | Pegawai Psikologi (Klinikal) Gred S41 | Bahagian A dan B | Bahagian C |
| 3. | Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pegawai Kerja Sosial Perubatan) Gred S41 | Bahagian A dan B | Bahagian C dan D |
| 4. | Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41 | Bahagian A dan B | Bahagian C |
| 5. | Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 | Bahagian A | Bahagian B |
| 6. | Penolong Jurutera (Elektrikal) Gred JA29 | Bahagian A | Bahagian B |
| 7. | Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29 | Bahagian A | Bahagian B |
| 8. | Penolong Jurutera (Elektronik) Gred JA29 | Bahagian A | Bahagian B |
| 9. | Penolong Pegawai Sains Gred C29 | Bahagian A dan B | Bahagian C |
| 10. | Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 | Bahagian A dan B | Bahagian C |
| 11. | Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29 | Bahagian A dan B | Bahagian C(i) dan (ii) |
| 12. | Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 | Bahagian A dan B | Bahagian C |
| 13. | Penolong Pengurus Asrama Gred N29 | Bahagian A dan B | Bahagian C |
| 14. | Juruteknik Perubatan (Prostetik/Ortotik) Gred U19 | Bahagian A | Bahagian B |
| 15. | Juruteknik Perubatan (Bilik Acuan) Gred U19 | Bahagian A | Bahagian B |
| 16. | Penyelia Asrama Gred N19 | Bahagian A | Bahagian B |
| 17. | Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 | Bahagian A | Bahagian B |
*Berdasarkan Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dilaksanakan oleh Seksyen Penilaian Kompetensi, Jabatan Perkhidmatan Awam (1 Januari 2017).
Segala urusan Peperiksaan Subjek Jabatan KKM adalah melalui Sistem ORES (http://ores.moh.gov.my) (mulai daripada permohonan sehingga pengeluaran keputusan peperiksaan).
Bagi pegawai daripada jabatan selain KKM (calon tumpangan), pegawai dibenarkan menduduki Peperiksaan Subjek Jabatan KKM DENGAN SYARAT Sukatan Peperiksaan Subjek Jabatan KKM adalah SELARAS dengan keperluan skim perkhidmatan dan bidang tugas pegawai di jabatan.
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2020 Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Kemaskini : 17/10/2021