;
Kursus Kecemerlangan Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan Bil. 3/2021 telah diadakan pada 7 hingga 9 September 2021 secara dalam talian melalui platform Zoom. Jumlah peserta yang telah menyertai kursus ini adalah seramai 45 orang dan merangkumi Pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 22 hingga 42 dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), institusi, hospital, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan fasiliti-fasiliti kesihatan. 

Selepas menghadiri kursus ini, para peserta diharap akan dapat:

(a) Menjelaskan jenis-jenis gaya kepimpinan dan penyeliaan yang berkesan serta menghuraikan fungsi-fungsi penyelia di dalam sesuatu organisasi;

(b) Mengenal pasti potensi diri sebagai pemimpin yang cemerlang serta cabaran yang dihadapi oleh penyelia pada masa kini;

(c) Menganalisis situasi dan menggunakan kemahiran serta tools yang relevan semasa berhadapan dengan pelbagai cabarandan

(d) Mempamerkan daya kepimpinan cemerlang dan kemahiran penyeliaan yang berkesan di tempat kerja bagi memastikan objektif organisasi tercapai.



WARNA

SAIZ TEKS

-A A A+