Kursus ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 9 hingga 11 Jun 2021 (Isnin - Rabu). Peserta kursus adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41 hingga 52 seramai lima puluh (50).
Pelaksanaan kursus ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran para peserta dalam penyampaian pembentangan berimpak tinggi. Pembentangan berimpak tinggi adalah keupayaan seseorang penceramah atau pembentang menyampaikan sesebuah pembentangan yang mampu memberi kesan maksimum kepada pendengar (audience) dan dibantu oleh alatan bantuan pembentangan seperti flip chart dan power point. Selain itu, kemahiran berinteraksi dengan menggunakan bahasa badan dan intonasi yang sesuai juga penting bagi mempersembahkan pembentangan berimpak tinggi. Kursus ini juga mengaplikasikan teknik NeuroLinguistic Programming (NLP) dalam pembentangan.
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2020 Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Kemaskini : 14/09/2021