;

Kursus Penataran Bahasa Kebangsaan dan Penulisan Dokumen Rasmi telah dilaksanakan pada 27-28 Julai 2021 (Selasa-Rabu) secara dalam talian melalui Aplikasi Zoom. Kursus ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta dari Ibu Pejabat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital dan Institut KKM. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam menggunakan tatabahasa, perbendaharaan kata, frasa dan ayat yang betul serta dapat menghasilkan dokumen rasmi kerajaan seperti surat, memo dan minit mesyuarat dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan yang betul, padat serta mematuhi format penulisan dokumen rasmi kerajaan yang ditetapkan.

 

WARNA

SAIZ TEKS

-A A A+