Kursus Innovation Leadership telah diadakan pada 28 hingga 30 Julai 2021 secara dalam talian melalui platform Zoom. Jumlah peserta yang telah menyertai kursus ini adalah seramai 49 orang dan merangkumi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 hingga 54 dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), institusi, hospital, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan fasiliti-fasiliti kesihatan.
Selepas menghadiri kursus ini, para peserta diharap akan dapat menerangkan tentang kepimpinan inovasi, menghuraikan ciri-ciri, sifat dan kemahiran pemimpin yang berinovasi, mengaplikasikan tools bagi kepimpinan inovasi dengan lebih berkesan, mempamerkan kemahiran kreativiti dan inovasi dalam pasukan dan mewujudkan persekitaran yang bersifat inovasi dalam sesebuah organisasi.
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2020 Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Kemaskini : 14/09/2021