;

Pelaksanaan kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta kursus bagaimana untuk membina pemikiran kreatif dan inovasi, seterusnya menyumbang kepada penambahbaikan sistem penyampaian awam di KKM dan fasiliti kesihatan awam keseluruhannya. Kursus ini telah diadakan selama tiga (3) hari bermula 12 hingga 14 Julai 2021 (Isnin – Rabu). Peserta-peserta kursus ini terdiri daripada pegawai-pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41 hingga 52 seramai lima puluh (50) orang yang terdiri daripada kakitangan hospital, jabatan kesihatan negeri, institut, bahagian, pejabat kesihatan, klinik kesihatan serta klinik pergigian.

WARNA

SAIZ TEKS

-A A A+