Peperiksaan dalam perkhidmatan yang menguji kompetensi pegawai khusus berkaitan skop tugas di Jabatan. PSJ juga merupakan salah satu syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan (confirmation) (Rujuk surat lantikan SPA).
Sebagai contoh, syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 di KKM:
PSJ BUKAN PEPERIKSAAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT/PSL.
PSJ BUKAN PEPERIKSAAN UNTUK MOHON PEKERJAAN..
Sebagai salah satu syarat dalam pengesahan dalam perkhidmatan (confirmation).
Pegawai lantikan baharu daripada skim perkhidmatan yang mensyaratkan PSJ sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Senarai skim perkhidmatan yang terlibat boleh disemak di http://ores.moh.gov.my/
PSJ KKM khusus untuk pegawai KKM sahaja. Bagi pegawai Jabatan lain yang ingin menduduki PSJ secara tumpangan, boleh memohon DENGAN SYARAT SKOP TUGAS PEGAWAI ADALAH SAMA DENGAN SKOP TUGAS DI KKM. (Rujuk sukatan peperiksaan
terlebih dahulu).
2 kali setahun. Kebiasaannya pada bulan Mac/April dan Ogos/September setiap tahun.Rujuk takwim tahun berkenaan.
Bagi tahun 2020, PSJ Siri 1 dibatalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan semasa COVID-19. PSJ Siri 2 akan diadakan pada 2 dan 3 September 2020.
Dalam tempoh 1 hingga 3 tahun lantikan.
Permohonan secara atas talian melalui Online Registration Examination System (ORES)http://ores.moh.gov.my/
Keputusan PSJ juga boleh diperolehi melalui ORES 2 bulan selepas tarikh peperiksaan.
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2020 Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Kemaskini : 21/10/2021